BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

cmat dtg

salam utk semu

al kisah kehidupan kampus...

Bila mula semester baru,urmm baru laa jugakk bermulah rutin saya sebagai student, buat homework dan tugasan yang diberikan pensyarah.(alahai buat ke) Kadang-kadang jadi blur bila nak buat satu-satu tugasan ni sebab bukan semua maklumat boleh dicari dalam buku.(betul2 x??) Jadi nak taknak, memang terpaksa gunakan sumber-sumber dari perpustakaan maya, Internet. Alhamdulillah, siap juga tugasan sem 6....eh..eh tp bukan sumer la..bru separuh jerk..huhu....dan ku masukkan ke dalam laptop tp bukan tue yg aku nak citer dlm blog ku yg berhabuk2 niy......urmmm al kisah nye,,,,adelah bersame2 berkongsi ilmu bersame2 org2 yg betul2 minat utk belajar.........eh yerke...yerla kot...

Bukan mengeluh, malah saya sangat bersyukur kerana dapat membantu kawan-kawan saya. Sedar tak sedar, saya juga yang dapat manfaatnya, ilmu saya bertambah. Kenapa? sb samer2 berkongsi ilmu dg mereka..rsa seronok sngt2....

Terima kasih wahai kawan-kawanku yg telah megatakan aku niy kedekaut ilmu...oh rasenyer tidakk kot.....

Sekadar perkongsian, saya ingin ceritakan bagaimana asal usulnya saya mula belajar ‘repair benda alah’(laptoppp) ni. Kisahnya macam ni:

Satu hari semasa cuti, laptop saya mengalami masalah hingga menyebabkan saya tak dapat buat kerja-kerja penting. Seorang kawan saya mencadangkan agar saya hantar saja laptop itu ke kedai. Nak tak nak, saya terpaksa ke kedai repair laptop yang jaraknya berpuluh km dari rumah saya. Sebaik saja sampai ke kedai tu, saya diberitahu bahawa laptop terpaksa diformat. Masa itu saya tak tahu langsung apa itu format laptop, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada technician kedai tu.

Setelah menunggu selama hampir 2 jam, masalah laptop saya akhirnya berjaya dibereskan. Hasilnya, saya terpaksa membayar sebanyak RM50 (masa tu saya rasa yang harga ini berbaloi). Tak lama kemudian, laptop saya sekali lagi mengalami masalah, tapi kali ini masa kat kampus. Saya pun hantar laptop kepada seorang senior. Bila selesai, saya hanya dicaj sebanyak RM10. Sejak dari situ saya tahu bahawa kerja-kerja format serta repair masalah-masalah kecil laptop ni taklah susah.

Jadi saya melakukan beberapa pencarian di internet. Hasilnya, saya kini tak perlu lagi hantar kedai repair sebab saya sendiri boleh buat. Ok, habis kisah saya.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?

Sebenarnya, saya nak nyatakan bahawa ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komputer ni memang sangat penting terutama pada zaman sekarang. Ilmu tu sebenarnya mudah dapat kalau rajin mencari, tapi kebanyakan dari kita ni MALAS.9termasuklah saya juge owgnye)hihi

Jadi, jangan lagi kita MALAS MENCARI ILMU kerana bila kita MALAS, kita juga yang RUGI.

Rasanya setakat ini dulu entri kali ni. Sebelum tu, saya nak kongsikan link ke sebuah blog yang selalu menjadi rujukan saya apabila memerlukan maklumat yang berkaitan dengan komputer. Banyak maklumat yang berguna dalam blog tersebut..wazzup2 zila,,,,,,