BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

cmat dtg

salam utk semu

al kisah tugasan di luar...












niy siape agi klu bukan ank en saiful bahri...huhu..persannn la tuh... aperpown time kase pd Datuk Panglima Razali bin Ahmad..(hihi selaku bpk sedareee denn) tue yg den pilih kt tompat niy ah,,,hihi






alhmdulillah..akhirnye siap juge dak interview owg tuh..fuh dugaan nyer x terkata2...tp mmg best kitowg disane..opss yerk luper lak..aku n my bff plan wat di KAGAT TERENDAK KEM MELAKA....
time kase scr peribadi ak tujukan wat Mejar Sukri,,,fuhh tabik springgg...sanggup layan kerenah nakal sepanjang kami disane...owg nye nmpk garang tp sempoi habis...dan plg terharu..die layan kitowg sehabis baek n layan kitowg mcm vvip...wakakaka..lucu2...a

perpown..kitowg serba sedikit da th care2 pgurasan yg terbaik...di sane..merka x kedekut ilmu berkongsi dg kitowg...aperpown time kase wat sume team di kagat terendak kem...coz da bg kerjasame yg terbaik wat aku, naqia n bella...diharapkan ia memberikan seribu kepuasan wat kami..aperpown saye sayang dg sahabat saye yg sentiase susa n senag bersame sy..biarpon pelbagai dugaan yg melanda semasa di sane...
sepanjang disane..lebih banyak ketawa..sambil kutip pengalamn yg berharga disane..hihi...mmg best..rugi saper x wat di kagat terendakk niy... hah sebelum terlupe...cerite kelakar yg ingin aku shre dg kowg adelah..habis jerk tugasan luar nih..kitowg tersinggh plak di karaoke..hihihi..aper ag masing2 melayan jiwang dan kreativiti masing2 lorh..huhu..katernye relex tension...aper yg xder..agu ct, agu uji rashid..sumernye kami da nyayikan bersame...huhu..aperpown kowg mmg best dan sempoi habis...luv u allllllllll...muahhhhhhh..

Kasut~ oh kasut....

JeffreyCampbellPosh2BlkLea_Front_150MichaelMKNikiBlkCroco_Front_300BeverlyFeldmanBoraboraMulti_Front_150PelleModaEnjoyBlkSatin_Front_150PelleModaVinoBlackSnake_Front_150StuartWeitzmanGladlyBlkPat_Front_150SteveMaddenQuickBlack_Front_150SteveMaddenQuantummBronze_Front_150SteveMaddenQuinneeCognacLea_Front_150StevenKerrinBlueSuede_Front_150PelleModaGivaBronzeSnake_Front_150

Wanita sangat sinonim dengan kasut bertumit tinggi. Sememangnya wanita akan tampak anggun dan cantik apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Selebriti, model, wanita yang bekerja di pejabat, guru-guru malahan pelajar kolej atau universiti antara kelompok wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli kasut bertumit tinggi. Terdapat juga wanita yang sangat obses dan mempunyai pelbagai koleksi kasut ini.
“Sakit untuk cantik”, penggunaan kasut bertumit tinggi sememangnya akan menyakitkan kaki si pemakai itu sendiri tetapi kerana hendak kelihatan cantik, tinggi dan anggun, wanita sanggup memakainya. Apabila tumit diangkat lebih tinggi, tekanan akan jatuh ke bahagian jari kaki. Pakar ada menyatakan bahawa pemakaian kasut betumit tinggi yang berterusan boleh menyebabkan kaki akan melengkung dan menyebabkan kesakitan belakang. Hal ini disebabkan oleh pengumpulan tekanan di metatarsal kaki menyebabkan ia mudah cedera dan mengganggu sistem saraf belakang si pemakai.
Kebanyakan masyarakat, khususnya wanita merungut mengenai kesakitan pada kaki atau belakang pada sesuatu tahap dan pada kebanyakan masa masalah itu lebih kepada kesakitan pada kaki. Wanita disarankan untuk mengurangkan penggunaan kasut bertumit tinggi san seeloknya hanya 4 jam sehari. Si pemakai juga boleh menderita sindrom kaki diabetik akibat pemakaian kasut jenis ini.
Sebaiknya, si pemakai kasut tumit tinggi yang mengalami kesakitan pada kaki harus mendapatkan rawatan dengan segera. Elakkan memakai kasut yg bertumit terlalu tinggi dan pilih lah jenis kasut yang bersesuaian deangan kaki dan saiz badan. Oleh itu, wanita khususnya yang sangat suka memaki kasut betumit tinggi harus utamakan kesihatan fizikal lebih daripada penampilan diri semata-mata

al kisah kehidupan kampus...

Bila mula semester baru,urmm baru laa jugakk bermulah rutin saya sebagai student, buat homework dan tugasan yang diberikan pensyarah.(alahai buat ke) Kadang-kadang jadi blur bila nak buat satu-satu tugasan ni sebab bukan semua maklumat boleh dicari dalam buku.(betul2 x??) Jadi nak taknak, memang terpaksa gunakan sumber-sumber dari perpustakaan maya, Internet. Alhamdulillah, siap juga tugasan sem 6....eh..eh tp bukan sumer la..bru separuh jerk..huhu....dan ku masukkan ke dalam laptop tp bukan tue yg aku nak citer dlm blog ku yg berhabuk2 niy......urmmm al kisah nye,,,,adelah bersame2 berkongsi ilmu bersame2 org2 yg betul2 minat utk belajar.........eh yerke...yerla kot...

Bukan mengeluh, malah saya sangat bersyukur kerana dapat membantu kawan-kawan saya. Sedar tak sedar, saya juga yang dapat manfaatnya, ilmu saya bertambah. Kenapa? sb samer2 berkongsi ilmu dg mereka..rsa seronok sngt2....

Terima kasih wahai kawan-kawanku yg telah megatakan aku niy kedekaut ilmu...oh rasenyer tidakk kot.....

Sekadar perkongsian, saya ingin ceritakan bagaimana asal usulnya saya mula belajar ‘repair benda alah’(laptoppp) ni. Kisahnya macam ni:

Satu hari semasa cuti, laptop saya mengalami masalah hingga menyebabkan saya tak dapat buat kerja-kerja penting. Seorang kawan saya mencadangkan agar saya hantar saja laptop itu ke kedai. Nak tak nak, saya terpaksa ke kedai repair laptop yang jaraknya berpuluh km dari rumah saya. Sebaik saja sampai ke kedai tu, saya diberitahu bahawa laptop terpaksa diformat. Masa itu saya tak tahu langsung apa itu format laptop, jadi saya serahkan sepenuhnya kepada technician kedai tu.

Setelah menunggu selama hampir 2 jam, masalah laptop saya akhirnya berjaya dibereskan. Hasilnya, saya terpaksa membayar sebanyak RM50 (masa tu saya rasa yang harga ini berbaloi). Tak lama kemudian, laptop saya sekali lagi mengalami masalah, tapi kali ini masa kat kampus. Saya pun hantar laptop kepada seorang senior. Bila selesai, saya hanya dicaj sebanyak RM10. Sejak dari situ saya tahu bahawa kerja-kerja format serta repair masalah-masalah kecil laptop ni taklah susah.

Jadi saya melakukan beberapa pencarian di internet. Hasilnya, saya kini tak perlu lagi hantar kedai repair sebab saya sendiri boleh buat. Ok, habis kisah saya.

Apa yang saya nak sampaikan sebenarnya?

Sebenarnya, saya nak nyatakan bahawa ilmu yang berkaitan dengan teknologi maklumat dan komputer ni memang sangat penting terutama pada zaman sekarang. Ilmu tu sebenarnya mudah dapat kalau rajin mencari, tapi kebanyakan dari kita ni MALAS.9termasuklah saya juge owgnye)hihi

Jadi, jangan lagi kita MALAS MENCARI ILMU kerana bila kita MALAS, kita juga yang RUGI.

Rasanya setakat ini dulu entri kali ni. Sebelum tu, saya nak kongsikan link ke sebuah blog yang selalu menjadi rujukan saya apabila memerlukan maklumat yang berkaitan dengan komputer. Banyak maklumat yang berguna dalam blog tersebut..wazzup2 zila,,,,,,

APABILA AKU BERSUARA....


Lama berhabuk blog ni...fuhh.... Semua gara-gara kesihatan yang silih berganti datang. Selepas melalui perjalanan yang memedihkan. Aku terus terbangun dengan semangat baru. Hampir juga nak membuka lembaran lama dan kembali menjadi apa yang aku sudah buang jauh-juah dari hidup satu masa dulu....

Allah jua yang mengirim kekuatan.kekuatan yg teramat sngt2 aku perlukan....Diberinya pengertian dibalik semua ini. Aku redha dengan keputusan bakal kembali menjalani harian sebagai orang singleee tanpa berstatus istimewa.ader aper dg cinta?? Dan tidak ada lagi tema 'darah manis' yang blh dileraikan dibibir-bibir manis sahabat-sahabat disisi. Mulanya, airmata memang jadi teman setia. Apatah lagi saat itu dilanda badai dugaan Allah, disantau orang, dan darah beku yang sudah tidak terbendung lagi hingga dimarah Neurologist mengatakan aku terlalu memikirkan perasaan orang yang sudah tidak ada gunanya dalam hidup...sehingga mcm tue sekali ak diperlakukan dlm kehidupan ak sekeluarga...

Sekali lagi, Allah kirimkan mereka-mereka yang menguatkan hati ini yg baru terubat dari kesedihan kerana pemergian ayahandaku yg tercinta...
Apakan daya, aku berhati wanita..Pasti akan tiba saat dimana kesabaran itu tertancap juga durinya...Puas mengenepikan perasaan sendiri. Akhirnya, hati terpaksa akur. Jiwa,hati dan perasaan akhirnya kosong. Kosong sekosong tanpa lagi doa "dia jodohku..." Bukan berputus asa. Tapi inilah harga pada sebuah penantian. Harga diri yang bersemayam akhirnya roboh dimalukan dgn hati mereka yang sewenang-wenangnya menghukum tanpa bicara.. yang leps biarlah lepas,....

untuk yg selalu mentertawakan ak..memperkatakan aku..contohnye si kedekut ilmu..si pemilih kawan...Tak apelah....hari ini pasti kau bahagia..Pasti kau gembira, ketawa berdekah-dekah dan puas dgn keegoan. Tapi ingatlah, jangan sekali-kali merasa bahagia diatas keperitan org lain. Sebab Dia menyaksikan segala perbuatan kita. Lambat,cepat bukan pilihan kita...Tapi selagi ada ruang bernafas, datanglah menemuiku utk minta maaf....sebab aku tak pernah redha dengan apa yg kau lakukan terhadap maruah keluarga aku...dan juga diriku...berhentilah jua mengumpat..mempersendakan aku ,,,malahan yg lebih teruk sekali..kau mempertikaikan duet yg aku perolehi...wahai manusia ketahuilah dikau bahawa duet yg aku perolehi utk dibelanjakan di kampus...adelah hasil dr hak anak yatim...AKU ULANG SEMULA..HAK ANAK YATIM...tak perlu jua kau bertanye atau bercadangkan kpd sumer org duet yg aku perolehi...

Sekalipun azielah yg kau kenali bergaya dg beg tangan baru, jam tangn baru,make up berjenama, opss yer kau juge sering mempertikaikan duet utk ak membeli kasut hill yg silih berganti...ketahuilah juga sesungguhnyer ia HALAL KERANA IA HAK MUTLAK AKU...kau xperlu mempersendakan aku..aku x mintak senyuman kepura-puraanmu....tp biarlah aku pendam dlm hati...ketahuilah bahawa kau da membuat hati SEORG ANAK YATIM...menangis,kecewa dan terkilan dg sikap kau yang x boleh tengok orang lebih dr kau..terkilan krn x pernah jujur dpn ak....terkilan sb kau lemparkan senyuman hipokrit kau dihadapan ku....tp telah aku sebutkan yg aku belum redha dg sikap kau...utk redakan hatiku ini...hentikanlah mentertawakan aku...hentikan juga mempertikaikan duet yg aku perolehi....sesungghnye ak xpernah sikit pun perasan kehadiran kau.. teruskanlah kehidupan kau..aku bukanlah seorg yg pendendam..cume berdoa semoge kau tak mgangu lagi kehidupan ak....