BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

cmat dtg

salam utk semu

Kasut~ oh kasut....

JeffreyCampbellPosh2BlkLea_Front_150MichaelMKNikiBlkCroco_Front_300BeverlyFeldmanBoraboraMulti_Front_150PelleModaEnjoyBlkSatin_Front_150PelleModaVinoBlackSnake_Front_150StuartWeitzmanGladlyBlkPat_Front_150SteveMaddenQuickBlack_Front_150SteveMaddenQuantummBronze_Front_150SteveMaddenQuinneeCognacLea_Front_150StevenKerrinBlueSuede_Front_150PelleModaGivaBronzeSnake_Front_150

Wanita sangat sinonim dengan kasut bertumit tinggi. Sememangnya wanita akan tampak anggun dan cantik apabila mengenakan kasut bertumit tinggi. Selebriti, model, wanita yang bekerja di pejabat, guru-guru malahan pelajar kolej atau universiti antara kelompok wanita yang sanggup berhabis duit untuk membeli kasut bertumit tinggi. Terdapat juga wanita yang sangat obses dan mempunyai pelbagai koleksi kasut ini.
“Sakit untuk cantik”, penggunaan kasut bertumit tinggi sememangnya akan menyakitkan kaki si pemakai itu sendiri tetapi kerana hendak kelihatan cantik, tinggi dan anggun, wanita sanggup memakainya. Apabila tumit diangkat lebih tinggi, tekanan akan jatuh ke bahagian jari kaki. Pakar ada menyatakan bahawa pemakaian kasut betumit tinggi yang berterusan boleh menyebabkan kaki akan melengkung dan menyebabkan kesakitan belakang. Hal ini disebabkan oleh pengumpulan tekanan di metatarsal kaki menyebabkan ia mudah cedera dan mengganggu sistem saraf belakang si pemakai.
Kebanyakan masyarakat, khususnya wanita merungut mengenai kesakitan pada kaki atau belakang pada sesuatu tahap dan pada kebanyakan masa masalah itu lebih kepada kesakitan pada kaki. Wanita disarankan untuk mengurangkan penggunaan kasut bertumit tinggi san seeloknya hanya 4 jam sehari. Si pemakai juga boleh menderita sindrom kaki diabetik akibat pemakaian kasut jenis ini.
Sebaiknya, si pemakai kasut tumit tinggi yang mengalami kesakitan pada kaki harus mendapatkan rawatan dengan segera. Elakkan memakai kasut yg bertumit terlalu tinggi dan pilih lah jenis kasut yang bersesuaian deangan kaki dan saiz badan. Oleh itu, wanita khususnya yang sangat suka memaki kasut betumit tinggi harus utamakan kesihatan fizikal lebih daripada penampilan diri semata-mata